Wednesday, 27 August 2014


Testimoni:Masalah tidak dapat zuriat

Punca: Gangguan saka

Assalamualaikum. Saya Pn.Salwa dari perak. Masalah yang saya hadapi ialah masalah berkaitan zuriat. Saya dan suami sudah 2 tahun mendirikan rumahtangga namun tidak dikurniakan cahaya mata. Setiap kali saya mengandung, saya akan mengalami pengguguran selepas dua bulan saya mengandung. Sudah tiga kali saya lalui perkara yang sama. Kami ada melakukan pemeriksaan kesihatan di klinik dan hospital namun jawapan yang kami dapat tetap sama daripada doktor iaitu ‘tiada masalah apa-apa’. Kami masih merasa tidak berpuas hati,kami terus berusaha dengan cara yang lain. Sehinggalah kami berjumpa dengan pakar perubatan di Pusat Perubatan Pakar Alternatif & Syifa Madaniah iaitu Dr.Anas. Dr.Anas melakukan pemeriksaan dan mendapati saya ada masalah gangguan iaitu saka daripada suami. Akhirnya kami bersetuju untuk membuat rawatan untuk memulihkan keadaan kami. Alhamdulillah selepas menjalani rawatan dengan Pusat Perubatan Pakar Alternatif & Syifa Madaniah, kami suami isteri dikurniakan seorang cahaya mata perempuan. Syukur kepada Allah SWT..


Pesakit: Pn. Salwa (bukan nama sebenar)

No comments:

Post a Comment