Sunday, 17 August 2014


TESTIMONI : Ketagihan Dadah

Saya Mohd Nirwan Bin Azis, berumur 25 tahun dan berasal dari Beseri, Perlis. Masalah yang saya hadapi ialah ketagihan gam, shabu, pil kuda & rokok. Saya juga menghadapi kesukaran seperti sukar bekerja, sakit @ lenguh-lenguh badan dan tekanan perasaan. Bermacam-macam usaha yang telah dilakukan oleh keluarga untuk menyembuhkan saya termasuklah menerima rawatan daripada Hospital Tuanku Fauziah, Kangar tetapi tidak berjaya dan kembali dengan perangai lama. Tapi alhamdulillah berkat usaha mereka, kini saya sudah sembuh dengan menjalani rawatan serta menggunakan produk Madaniah iaitu Yasyfin, Qur 30, Pemusnah Sihir, Qalbun & Hajati. Hasil daripada rawatan tersebut membuatkan saya lupa kepada ketagihan itu. Kini saya sudah insaf dan dapat menjalani kehidupan seperti biasa.

Saya ketagihan dadah semasa form 5 lagi, mula-mula saya berjinak dengan ganja, selepas itu saya ambil syabu selama 4 tahun. Kerana syabu terlalu mahal, saya ambilmorfin pula selama 2 tahun sampai ke tahap gian. Saya pernah mencuri dan bekerja part time untuk mendapatkan bekalan. Sebelum ini saya pernah mencuba untuk berhenti daripada mengambil benda itu tetapi tidak boleh, hampir 6 tahun saya menjadi penagih. Saya juga pernah masuk pusat serenti selama 1 tahun (2006 ~ 2007) tetapi selepas 2 bulan saya keluar saya mula ketagih lagi atas pengaruh kawan-kawan.
Keluarga saya banyak membantu untuk menyedarkan dan memulihkan saya. Sehinggakan ayah saya sanggup mengupah dan meminta pertolongan dengan cara mengambil keberkatan Haji dan mengupah saudara mara mudah-mudahan saya berubah, tetapi akhirnya saya tidak juga berubah. Saya dan keluarga pernah berubat tradisional di merata tempat seperti di Kelantan (2 tempat), Padang Serai dan Pokok Sena. Kosnya usah terkira banyaknya, tetapi tetap sama tiada perubahan.
Ada seorang kawan ayah mencadangkan supaya datang ke Pusat Rawatan Pakar Alternatif & Syifa yang dirawat oleh Dr. Anas. Alhamdulillah, setelah 4 kali (dalam masa sebulan) mendapat rawatan di situ, saya terus lupa mengenai dadah dan apabila saya teringat kembali mengenai benda itu saya menjadi benci. Saya tidak lagi berkawan dengan kawan-kawan yang menagih malah mereka juga membenci kepada saya. Saya amat bersyukur dan berterima kasih kepada Dr. Anas kerana merawat saya. Produk yang diberi oleh Dr. Anas kepada saya ialah Hajati, Yasyfin, Qur 30, Qalbun & Al-Hafiz Spray. Alhamdulillah berkat pertolongan semua pihak saya tidah menagih lagi.
Nama : Azmi Bin Ismail
Umur : 24 Tahun
Pekerjaan : Penang Port
Tel : 04-370 8905

No comments:

Post a Comment